DULU AKU BOROI
Wednesday, March 20, 2013
Saya peknen dah...
Blog Dulu Aku Boroi ni dah tak aktif dah buat masa ni sebab saya mengandung. Arini saya dah pun 29 minggu hamil. Objektif saya berdiet untuk hamil kali ke 3 dah tercapai saat saya asyik berdiet. Sungguh saya bertekad waktu blog ini di wujudkan...rupanya semua aktiviti berdiet dan bersenam dilakukan waktu saya sedang hamil. Alhamdulillah sehingga saat ini kandungan saya masih okay dan tiada masalah.
Inshaa Allah saya akan teruskan berdiet selepas berpantang nanti. Setakat arini dah hampir 19 kilogram berat yang saya kumpul.. memang tak sanggup nak timbang setiap kali pemeriksaan berkala kehamilan. Tapi saya redhakan jer sebab u r what u eat kan?!! heehee
Kalau sudi nak jenguk blog terbaru saya menceritakan perihal mengandung, berpantang dan berdiet sambil menyusu sila klik >>> www.mybabyqqq.blogspot.com
Terima kasih kerana sudi menjenguk dan membaca blog blog saya selama ini...
Sunday, September 30, 2012
PLAN BARU
KANTOI!!! akibat dari melanggar salah satu peraturan yang saya cipta iaitu "timbang pada hari Isnin" , saya telah menyebabkan diri saya kantoi pada hari sabtu & ahad. Mana tidaknya, isnin dah timbang turun 1.6kg patutnya saya timbang pulak selepas 6 hari, tapi esoknya selasa saya timbang, naik pulak tu. Jadi dah tak puas hati rabu timbang naik jugak. Mulala hilang semangat nk berdiet dah tu pulak jumaat, ada bff bagi kek carrot berkeju pulak... Habisla dietku. So kesimpulannya percaya apa yg anda buat.. jangan langgar peraturan. Hehe
Hari ini mula dengan azam baru, kali ni bekfes burger homemade. Lunch laksa atkins. Semua masak sendiri, takde beli...plan tak nak dinner tapi tengok dulu macamana.. kalau lapar kene makan kalau tak makan, berat tak mahu turun jugak.
Kalau ade sesape nak ikut silakan, berikut menu untuk buat:-
Daging beger atkins
Daging fresh di kisar halus dgn chopper
Gaulkan dengan bawang putih dan lada hitam yang situmbuk dulu
Gaul dengan sedikit minyak, garam dan rempah oregano
Bentukkan seperti daging burger dan simpan dalam peti ais sebelum goreng keesokkannya
* besarkan bentuk burger sebab bila goreng dia akan mengecil dari saiz sebenar.
Laksa atkins
Kuah laksa (gugel kat my resepi, guna asam keping tau. Gula jgn letak yer. Hehe)
Potong telur rebus 3-4 biji
Potong timun dalam 6-7 hirisan
Potong daun salad 2-3 keping
Kalau suka pedas potong cili padi..
Campur semua dalam mangkuk dan siap untuk dimakan. Kenyang giler tau menu ni. :)
Okay...selamat mencuba dan berdiet yer...!! 60kg dah ketawakan saya la... :(
KEK!!
ALAMAK!!! lupa nak timbang pagi ni. Kelam kabut dengan anak cari stokin, yang cari kopiah, menangis lagi. Suami pulak kene sediakan lunch untuk saya, selalunya bekfes jer. Hari Isnin yang sungguh meriah pagi pagi tadi. Selalunya malam sebelum dah suruh anak sediakan barang sekolah, tapi terlupa, terlepas pandang pulak...
Saya dah 13 hari diet, tapi saya nak membuat pengakuan saya memang tak diet pada sabtu dan ahad. Semuanya bermula dari sebiji kek carrot berkeju. Saya memang tetap nak salahkan kek tu.. hehe. Saya senang ternoda dengan kek. Lepas ni pada 5/10 birthday anak lelaki saya, 18/10 anniversary saya.. alamak... Macammana ni?? Saya tetap nak makan kek jugak :(
Memang niat dihati sepotong sahaja.. tapi mulut akan minta berpotong potong...haha. memang kalau bab kek saya mengaku kalah!! Buat malu jerkan... Beria nasihat bagi motivasi diet, tapi diri sendiri terkandas, bila bertentang mata dengan kek.
Pagi ni, saya cek urine memang ketosis dah hilang.. hari ni akan ku kutip semula ketosis ku yang hilang itu.. rugikan.. kerana kek ketosis ku hilang... Huhu :'(
Minggu ke 3 ni ada plan baru, nanti saya ceritakan pada entri seterusnya.
Harap minggu ni berjaya lagi berdiet!!
Thursday, September 27, 2012
CAK!!
WAHHHH!!! banyak hari tak update blog. Tapi bukan sebab tak diet cuma sibukla dengan "anak" baru. Masih dalam proses nak manjakan dia yang homesick tu. Bestnya bela anak kucing Persian ni, rupanya dia pandai berkomunikasi. Tidur pun dengan saya sekeluarga.. Terubat tekanan nak mencapai 55kg tau.
Cukupla pasal kucing, nanti gemok macam Persian lak. Kucing gemok mahal, kita gemok suami pun boring. Hehe
Menu hari 6 sampai 10 akan saya updatekan pada entri seterusnya, kali ni saya nak bgtau rumusan seminggu saya berinduksi. Dengan ini saya mengistiharkan jumlah berat yang turun pada minggu pertama ini adalah 1.6kg @ 1600gm. Memang masih dalam target saya 1.5kg seminggu. Syukur alhamdulillah..
Berat terkini saya 62.8kg. Minggu depan harap akan berubah lagi, kalau dapat angka menjadi 61.+kg pun okay sangat!!
Sepanjang seminggu berdiet saya dapati, ketosis bukan susah untuk hilang dan juga bukan senang untuk hilang. Cuma pesanan saya, kalau anda kantoi sekali, jangan ulangi, kalau anda makan seketul jgn tambah jadi sepinggan. Itu sahaja...
Saya masih bersemangat untuk berinduksi.. semoga semangat ini akan terus berkobar sehingga matlamat di capai...
Saturday, September 22, 2012
HARI KE 5
Seperti biasa menu hari minggu saya:-
Jangan biarkan lapar menyelubungi anda......
HARI KE 4
Berjaya menghabiskan air sebanyak 3 liter. Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.
Hari ini tak membuang walaupun malam tadi minum psyllium dengan maha banyak. Perut makin memulas adala.. nak kene cari jugak teh clenz ni.
KETOSIS
Faedah memeriksa ketosis ketika beratkins:
- Menujukkan badan kita membakar lemak sebagai tenaga bukan lagi karbohidrat
- Menujukkan menu kita selama berdiet adalah halal Atkins
- Membuat kita lebih fokus berdiet untuk elak kantoi kerana ketosis akan hilang
- Supaya kita tenang jika berat statik kerana badan kita sedang menyusut dari segi saiz
- Kuning cair @warna asal (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.