Thursday, September 20, 2012

HARI KETIGA

YEEHAWW!!... Arini best sangat diet, tak lapar dah. Happy jer sepanjang hari, tapi tanda tanda ketosis takder lagi..selalu hari ke 4@5 baru la ada tanda macam sakit sebelah kepala, lidah rasa tak best, pening 2-3 saat. Kita tengok esok mcmana erk. Saya akan check urine guna ketone strip esok pagi.

Paling seronok hari ini, dalam sejarah saya menjejakkan kaki ke gim. Ini semua kerana sahabat diet Atkins saya jijah yang mengajak saya. Syukur kerana dia, saya bersemangat nak berAtkins kali kedua... Saya sayang dia. Harap kami berjaya mencapai matlamat.
Rupanya kalau senaman di gim berpeluh lagi dasyat..haha maklumla selama ni saya bersenam di rumah dengan bercikgukan di laptop sahaja. Walaupun dirumah, dah berbelas kilo susut okay.. hehe. Nanti saya letak gambar kami di gim.
Kali ni, saya letak gambar menu saya makan 3 hari sepanjang berAtkins tapi lupa nak letak menu sarapan la pulak hehe. Tak lupa berat saya sebelum memulakan Atkins Selasa yang lalu. Harap ada penurunan Isnin depan. tak sabarnya nak menimbang.
Menu Atkins Saya
 Seperti biasa menu hari ini;-
SARAPAN
2 BURGER RAMLY + 1 CHIC LOAF
LUNCH
1 IKAN KEMBUNG + SEPOTONG TELUR DADAR + TAUGEH GORENG
DINNER
4-5 KETUL EKOR LEMBU (SUP) + 1 TELUR DADAR

Berjaya menghabiskan air sebanyak 3 liter. Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.

Semalam saya minum teh Clenz, hari ini saya berjaya membuang maknanya kene minum teh clenz lah ni. Alamak! dah habis pulak, takper saya minum psyllium husk banyak sikitla malam ni.
Badan masih belum terasa ringan, perut masih buncit...saya redha dengan kenaikkan 2.5" itu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kantoi sebab tak nak usaha saya menjadi sia -sia.

Kesimpulannya, tak susah pun berdiet kalau kita sudah tetapkan matlamat kita. Saya akui sepanjang hari berdiet, memang naluri terusik bila tengok makanan sedap. Tapi bila mengenangkan seronoknya berdiet, saya berjaya!!. Kenyang sebenarnya menu saya di atas. Sekarang jam 9 malam, saya masih rasa kenyang okay!!. Nak cepat-cepat tidur takut perut kesayangan hamba mengada-ngada lapar pulak :)


2 comments:

  1. Update selalu ae..sy follow..Sy pun nak start mggu depanla..harap semangat. Kalau ikut dah start dari mggu lepas lg, tp agak x memberangsangkan, xde penurunan pun..kena lbh strict mgkin..Semoga berjaya Nadiya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nazariah!! Insyaallah.. saya memang tengah bersemangat ni, jom amikla semangat saya. Diet lagi tau jgn giveup. ibarat masa kita kecil bertatih dan jatuh berkali-kali, akhirnya kita akan berjaya berjalan dan berlari..begitu jugalah diet. Jangan mengalah tau.

      Delete