Sunday, September 30, 2012

PLAN BARU

KANTOI!!! akibat dari melanggar salah satu peraturan yang saya cipta iaitu "timbang pada hari Isnin" , saya telah menyebabkan diri saya kantoi pada hari sabtu & ahad. Mana tidaknya, isnin dah timbang turun 1.6kg patutnya saya timbang pulak selepas 6 hari, tapi esoknya selasa saya timbang, naik pulak tu. Jadi dah tak puas hati rabu timbang naik jugak. Mulala hilang semangat nk berdiet dah tu pulak jumaat, ada bff bagi kek carrot berkeju pulak... Habisla dietku. So kesimpulannya percaya apa yg anda buat.. jangan langgar peraturan. Hehe

Hari ini mula dengan azam baru, kali ni bekfes burger homemade. Lunch laksa atkins. Semua masak sendiri, takde beli...plan tak nak dinner tapi tengok dulu macamana.. kalau lapar kene makan kalau tak makan, berat tak mahu turun jugak.

Kalau ade sesape nak ikut silakan, berikut menu untuk buat:-

Daging beger atkins
Daging fresh di kisar halus dgn chopper
Gaulkan dengan bawang putih dan lada hitam yang situmbuk dulu
Gaul dengan sedikit minyak, garam dan rempah oregano
Bentukkan seperti daging burger dan simpan dalam peti ais sebelum goreng keesokkannya
* besarkan bentuk burger sebab bila goreng dia akan mengecil dari saiz sebenar.

Laksa atkins
Kuah laksa (gugel kat my resepi, guna asam keping tau. Gula jgn letak yer. Hehe)
Potong telur rebus 3-4 biji
Potong timun dalam 6-7 hirisan
Potong daun salad 2-3 keping
Kalau suka pedas potong cili padi..
Campur semua dalam mangkuk dan siap untuk dimakan. Kenyang giler tau menu ni. :)

Okay...selamat mencuba dan berdiet yer...!! 60kg dah ketawakan saya la... :(

2 comments:

  1. tuan blog dah tak diet..hehehe pegnent

    ReplyDelete
  2. Kalau difikir2 sangat pasal makan tu jawabnye kelaut la diet. Cube bile rasa nak makan tu pergi buat bende lain yang melekakan kita dari makan. main facebook ke, tengok youtube ke. Baru la diet tak kelaut. Kat Sado Street ada ajar pasal alih perhatian dari makanan ni.

    ReplyDelete