Nampak gayanya berjaya mengharungi hari pertama, memang perasaan lapar itu pasti tiba tapi aku cuba memikirkan perkara lain, sibukkan diri dan yang paling membanggakan aku dapat senam JM level 1 hari ini. Fuhhhhh... lapar wei, tapi selepas 1 minit aku berhenti makan dah lapar, itu maknanya lapar tahap jebon tu. Jangan dilayan, selepas mandi, terus tidur jadi tak la asyik fikirkan nak makan apa-apa lagi.
Seperti yang dijanjikan, menu hari ini
SARAPAN
1 SOSEJ HONEYCHICK, 1 CHICKEN LOAF & 1 BURGER RAMLY
LUNCH
1 IKAN KELI GORENG, PARU SAMBAL & SAYUR BAYAM
DINNER
3 KETUL EKOR LEMBU (SUP), TELUR DADAR 2
Berjaya menghabiskan air sebanyak 3 liter. Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.