Sunday, September 30, 2012

PLAN BARU

KANTOI!!! akibat dari melanggar salah satu peraturan yang saya cipta iaitu "timbang pada hari Isnin" , saya telah menyebabkan diri saya kantoi pada hari sabtu & ahad. Mana tidaknya, isnin dah timbang turun 1.6kg patutnya saya timbang pulak selepas 6 hari, tapi esoknya selasa saya timbang, naik pulak tu. Jadi dah tak puas hati rabu timbang naik jugak. Mulala hilang semangat nk berdiet dah tu pulak jumaat, ada bff bagi kek carrot berkeju pulak... Habisla dietku. So kesimpulannya percaya apa yg anda buat.. jangan langgar peraturan. Hehe

Hari ini mula dengan azam baru, kali ni bekfes burger homemade. Lunch laksa atkins. Semua masak sendiri, takde beli...plan tak nak dinner tapi tengok dulu macamana.. kalau lapar kene makan kalau tak makan, berat tak mahu turun jugak.

Kalau ade sesape nak ikut silakan, berikut menu untuk buat:-

Daging beger atkins
Daging fresh di kisar halus dgn chopper
Gaulkan dengan bawang putih dan lada hitam yang situmbuk dulu
Gaul dengan sedikit minyak, garam dan rempah oregano
Bentukkan seperti daging burger dan simpan dalam peti ais sebelum goreng keesokkannya
* besarkan bentuk burger sebab bila goreng dia akan mengecil dari saiz sebenar.

Laksa atkins
Kuah laksa (gugel kat my resepi, guna asam keping tau. Gula jgn letak yer. Hehe)
Potong telur rebus 3-4 biji
Potong timun dalam 6-7 hirisan
Potong daun salad 2-3 keping
Kalau suka pedas potong cili padi..
Campur semua dalam mangkuk dan siap untuk dimakan. Kenyang giler tau menu ni. :)

Okay...selamat mencuba dan berdiet yer...!! 60kg dah ketawakan saya la... :(

KEK!!

ALAMAK!!! lupa nak timbang pagi ni. Kelam kabut dengan anak cari stokin, yang cari kopiah, menangis lagi. Suami pulak kene sediakan lunch untuk saya, selalunya bekfes jer. Hari Isnin yang sungguh meriah pagi pagi tadi. Selalunya malam sebelum dah suruh anak sediakan barang sekolah, tapi terlupa, terlepas pandang pulak...
Saya dah 13 hari diet, tapi saya nak membuat pengakuan saya memang tak diet pada sabtu dan ahad. Semuanya bermula dari sebiji kek carrot berkeju. Saya memang tetap nak salahkan kek tu.. hehe. Saya senang ternoda dengan kek. Lepas ni pada 5/10 birthday anak lelaki saya, 18/10 anniversary saya.. alamak... Macammana ni?? Saya tetap nak makan kek jugak :(

Memang niat dihati sepotong sahaja.. tapi mulut akan minta berpotong potong...haha. memang kalau bab kek saya mengaku kalah!! Buat malu jerkan... Beria nasihat bagi motivasi diet, tapi diri sendiri terkandas, bila bertentang mata dengan kek.

Pagi ni, saya cek urine memang ketosis dah hilang.. hari ni akan ku kutip semula ketosis ku yang hilang itu.. rugikan.. kerana kek ketosis ku hilang... Huhu :'(

Minggu ke 3 ni ada plan baru, nanti saya ceritakan pada entri seterusnya.
Harap minggu ni berjaya lagi berdiet!!

Thursday, September 27, 2012

CAK!!

WAHHHH!!! banyak hari tak update blog. Tapi bukan sebab tak diet cuma sibukla dengan "anak" baru. Masih dalam proses nak manjakan dia yang homesick tu. Bestnya bela anak kucing Persian ni, rupanya dia pandai berkomunikasi. Tidur pun dengan saya sekeluarga.. Terubat tekanan nak mencapai 55kg tau.
Cukupla pasal kucing, nanti gemok macam Persian lak. Kucing gemok mahal, kita gemok suami pun boring. Hehe

Menu hari 6 sampai 10 akan saya updatekan pada entri seterusnya, kali ni saya nak bgtau rumusan seminggu saya berinduksi. Dengan ini saya mengistiharkan jumlah berat yang turun pada minggu pertama ini adalah 1.6kg @ 1600gm. Memang masih dalam target saya 1.5kg seminggu. Syukur alhamdulillah..
Berat terkini saya 62.8kg. Minggu depan harap akan berubah lagi, kalau dapat angka menjadi 61.+kg pun okay sangat!!

Sepanjang seminggu berdiet saya dapati, ketosis bukan susah untuk hilang dan juga bukan senang untuk hilang. Cuma pesanan saya, kalau anda kantoi sekali, jangan ulangi, kalau anda makan seketul jgn tambah jadi sepinggan. Itu sahaja...

Saya masih bersemangat untuk berinduksi.. semoga semangat ini akan terus berkobar sehingga matlamat di capai...

Saturday, September 22, 2012

HARI KE 5

HA!!! WEEKEND... Dugaan memang akan menjadi kuat hari ini (pengalaman..) tapi bangun pagi dah set kan dalam diri, nak masak menu Atkins, apa yang terjadi arini tak leh kantoi. Alhamdulillah memang lulus tak kantoi walau asben n anak-anak makan aiskrim cornetto. Ku pujuk hati, bukannya sedap pun mula-mula jer sedap lepas tu muak, sayang ketosis baru nak dapat. Namun hari ini aku sangat lapar..sebab air kurang minum, tak cukup 3 liter, itu memang kelemahan bila berada dirumah, sibuk sampai lupa minum air.

Seperti biasa menu hari minggu saya:-

SARAPAN
1 BURGER RAMLY + 2 SOSEJ HONEYCHICK + 1 TELUR DADAR
LUNCH
3 IKAN GORENG SAMBAL + 1 CWN SAYUR PAKCHOY (SUP)
DINNER
1 BURGER RAMLY + 2 SOSEJ HONEYCHICK

Hanya berjaya menghabiskan air sebanyak 1.5 liter (sepatutnya 3 liter). Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.
 
Hari ini berjaya membuang jam 9 pagi walaupun tak minum apa-apa malam tadi sebelum tidur. Pesanan sebelum tidur; 
 Anda rasa sangat lapar?? Terbayang nasi? Aiskrim? Kek? Air oren? Sedangkan anda dah makan menu Atkins? Terbayang nk pi makan menu atkins rasa mcm x bule masuk? 
 
Petua yang selalu saya gunakan:- minum air teh wangi/lipton panas, air kosong, atau air selain kosong yg halal atkins, Pikir ketosis yg akan hilang, nanti kene repeat lagi...(buang masa). Pikir kalau timbang naik mesti sedey. Buat2 sibuk, bergayut tepon kol mak/ayah, basuh toilet, kemas rumah. Ataupun cepat2 masuk tido... @ pergi depan cermin, tengok badan dah selim belum... :)
Jangan biarkan lapar menyelubungi anda......




HARI KE 4

YEAY!! hari ini hati ku berbunga riang, apa yang dirancang nampaknya berada di landasan yang betul. Aku perlu memastikan aku lebih kuat untuk meneruskan hari ke 4 ini. Kerana ketosis telah terjadi, kalau aku lupa diri, sesat! maka ketosis akan hilang dan aku terpaksa memulakan semula apa yang aku buat 3 hari yang lalu. Tidak kah itu membuang masa? Perjalanan aku masih jauh, kalau aku perlu berpatah balik dan berpatah balik (seperti yang berlaku selama 8 bulan yang lalu), sampai bila aku akan sampai ke destinasi? 8 bulan aku diet, tak diet, lepas tu diet lepas tu tak diet, akhirnya dalam tempoh 8 bulan aku hanya hilang 1 kilogram!! Jelas sekali selama 8 bulan aku alpa dan sudah jauh menyelam ke dasar lautan kantoi.

Hari ke 4 sangat hebat! perasaan lapar langsung tak wujud, kerja seharian tak mengantuk berbanding dulu. Petang aku bersenam dengan Jijah di Tasik Seksyen 7 Shah Alam. Seperti yang dijanjikan menu hari ini:-

SARAPAN
2 BURGER RAMLY + 1 SOSEJ HONEYCHICK
LUNCH
1 AYAM GORENG + 1 POTONG TELUR DADAR + 1 POTONG DAGING (KARI) 
DINNER
3 KETUL EKOR LEMBU (SUP) + 2 SOSEJ HONEYCHICK
Berjaya menghabiskan air sebanyak 3 liter. Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.

Hari ini tak membuang walaupun malam tadi minum psyllium dengan maha banyak. Perut makin memulas adala.. nak kene cari jugak teh clenz ni.



KETOSIS

BESTNYER!!!!  Hari ketiga saya ada menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang tanda ketosis berlaku  terhadap diri saya. Seperti yang telah saya janjikan, Pagi ini saya melakukan ujian ke atas air kencing menggunakan ketone strip dan amat mengejutkan dan menggembirakan, saya sudah pun ketosis. Ini memberi saya lebih bersemangat untuk meneruskan Atkins, & yang paling penting, saya tahu saya berada dalam landasan yang betul.

Faedah memeriksa ketosis ketika beratkins: 
  • Menujukkan badan kita membakar lemak sebagai tenaga bukan lagi karbohidrat
  • Menujukkan menu kita selama berdiet adalah halal Atkins
  • Membuat kita lebih fokus berdiet untuk elak kantoi kerana ketosis akan hilang
  • Supaya kita tenang jika berat statik kerana badan kita sedang menyusut dari segi saiz
Oleh itu, pada yang selalu stress kalau berat statik, ini merupakan salah satu cara untuk menjawab kepada masalah anda. Ketone strip nama diberi, kalau nak beli cari kat farmasi, atau tanya klinik swasta. Saya ada jual jugak. Kalau berminat email saya, 100 strips harga dalam RM 40-50 sahaja. Strip tu seperti gambar di atas, simple dan murah. Mari kita fahami apa itu ketosis.

KETOSIS
Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.

Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa. Tahukah anda bahawa ketosis juga menjadikan kulit kita semakin cantik dan berseri??

CARA MENGGUNAKAN KETOSIS STRIP
Lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Ketone Strip ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Ketone Strip yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya.(kalau nak cara paling sempoi, masa kencing tadahkan jer haha). Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Ketone Strip.

PANDUAN JADUAL KEPUTUSAN
Jadual Keputusan Keto Sticks Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )

  • Kuning cair @warna asal (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda. 

YANG KITA CARI...... (HANYA UNTUK DIET ATKINS SAHAJA)

1. Pink cair / Merah sangat muda (Trace 0.5) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Menu atkins anda mesti 20gm carb jika induction.

2. Merah muda (Small 1.5) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku.

3. Ungu muda (Moderate 4.0) - 
Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku.

4. Maroon / Ungu (Large 8.0 & 16)- 
Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Sila pastikan anda mengambil air putih 3 liter sehari. Jika ya, anda tidak perlu risau. 

YANG PALING UTAMA,, PASTIKAN WARNA KETOSIS/KETONE STRIP TIDAK NEGATIVE


Thursday, September 20, 2012

HARI KETIGA

YEEHAWW!!... Arini best sangat diet, tak lapar dah. Happy jer sepanjang hari, tapi tanda tanda ketosis takder lagi..selalu hari ke 4@5 baru la ada tanda macam sakit sebelah kepala, lidah rasa tak best, pening 2-3 saat. Kita tengok esok mcmana erk. Saya akan check urine guna ketone strip esok pagi.

Paling seronok hari ini, dalam sejarah saya menjejakkan kaki ke gim. Ini semua kerana sahabat diet Atkins saya jijah yang mengajak saya. Syukur kerana dia, saya bersemangat nak berAtkins kali kedua... Saya sayang dia. Harap kami berjaya mencapai matlamat.
Rupanya kalau senaman di gim berpeluh lagi dasyat..haha maklumla selama ni saya bersenam di rumah dengan bercikgukan di laptop sahaja. Walaupun dirumah, dah berbelas kilo susut okay.. hehe. Nanti saya letak gambar kami di gim.
Kali ni, saya letak gambar menu saya makan 3 hari sepanjang berAtkins tapi lupa nak letak menu sarapan la pulak hehe. Tak lupa berat saya sebelum memulakan Atkins Selasa yang lalu. Harap ada penurunan Isnin depan. tak sabarnya nak menimbang.
Menu Atkins Saya
 Seperti biasa menu hari ini;-
SARAPAN
2 BURGER RAMLY + 1 CHIC LOAF
LUNCH
1 IKAN KEMBUNG + SEPOTONG TELUR DADAR + TAUGEH GORENG
DINNER
4-5 KETUL EKOR LEMBU (SUP) + 1 TELUR DADAR

Berjaya menghabiskan air sebanyak 3 liter. Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.

Semalam saya minum teh Clenz, hari ini saya berjaya membuang maknanya kene minum teh clenz lah ni. Alamak! dah habis pulak, takper saya minum psyllium husk banyak sikitla malam ni.
Badan masih belum terasa ringan, perut masih buncit...saya redha dengan kenaikkan 2.5" itu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kantoi sebab tak nak usaha saya menjadi sia -sia.

Kesimpulannya, tak susah pun berdiet kalau kita sudah tetapkan matlamat kita. Saya akui sepanjang hari berdiet, memang naluri terusik bila tengok makanan sedap. Tapi bila mengenangkan seronoknya berdiet, saya berjaya!!. Kenyang sebenarnya menu saya di atas. Sekarang jam 9 malam, saya masih rasa kenyang okay!!. Nak cepat-cepat tidur takut perut kesayangan hamba mengada-ngada lapar pulak :)


Wednesday, September 19, 2012

HARI KEDUA

WOOHOO!!! berjaya melalui hari kedua dengan jayanya.. Memang untuk berjaya atau tidak, semua atas pada diri kita sendiri, hari ini, saya berjaya melepasi hari ke dua kerana kejayaan hari pertama telah melonjak semangat saya untuk berAtkins. Seperti biasa, dugaan arini saya tepis dush! dush! dush!.. petuanya mudah tapi susah..macamana tu? mudah sebab hanya perlu bercakap pada diri sendiri ("aku mesti berjaya tanpa sesemut kantoi") susahnya nak lekatkan semangat dan kata-kata tu dalam minda tanpa sedar kita. Untuk saya...mengambil masa 6-7 bulan tau. Jangan la risau, ada orang lain yang sangat hebat dalam berkomunikasi dengan minda tanpa sedarnya.
Okay seperti biasa menu hari ini:-

SARAPAN
1 CHIC LOAF + 2 SOSEJ HONEYCHIC + 1 BURGER RAMLY
LUNCH
1 IKAN KEMBUNG BAKAR + 1 IKAN KELI GORENG + SAYUR TAUGEH
DINNER
DAGING (SUP) + 1 TELUR DADAR

Berjaya menghabiskan air sebanyak 3 liter. Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.

Pst! Pst! dah dua hari amik Psyllium Husk tapi tak membuang pun, jadi saya amik Teh Clenz malam ini. 

Tuesday, September 18, 2012

HARI PERTAMA

Nampak gayanya berjaya mengharungi hari pertama, memang perasaan lapar itu pasti tiba tapi aku cuba memikirkan perkara lain, sibukkan diri dan yang paling membanggakan aku dapat senam JM level 1 hari ini. Fuhhhhh... lapar wei,  tapi selepas 1 minit aku berhenti makan dah lapar, itu maknanya lapar tahap jebon tu. Jangan dilayan, selepas mandi, terus tidur jadi tak la asyik fikirkan nak makan apa-apa lagi.
Seperti yang dijanjikan, menu hari ini 
SARAPAN
1 SOSEJ HONEYCHICK, 1 CHICKEN LOAF & 1 BURGER RAMLY
LUNCH
1 IKAN KELI GORENG, PARU SAMBAL & SAYUR BAYAM
DINNER
3 KETUL EKOR LEMBU (SUP), TELUR DADAR 2

Berjaya menghabiskan air sebanyak 3 liter. Tidak kantoi walau sesemut pun!! Menu di atas masih boleh ditambah lagi sebab belum pun 20gm carb.


KEUTAMAAN

Yeay!! Hari ni hari pertama berdiet dan bangkit dari kealpaan.
Jam pukul 420 petang, lapar pulak, hadoi.. janganla hari ni aku gagal lagi. Aku akan pastikan aku berjaya hari ini. Supaya esok aku akan lebih bersemangat!. Aku adukan pada teman karib ku, ku teguk air 400ml, dah habis dah air 2.5 liter. Aku bangun buat buat sibuk. Akhirnya tet!! Masa untuk balik rumah... Hehe. Harap kat rumah dapat bersenam & dinner menu atkins.

"Yang menjadi keutamaan aku sekarang adalah untuk kekal berada di landasan berdiet sehingga kurus, bukannya jumlah penurunan berat kerana aku pasti jika aku berdiet aku akan turun berat/saiz badan"

Harapan ku agar aku terus dikelilingi suami dan sahabat sahabat yg menyokong aku sepanjang berdiet ini. Sayang kamu semua

Monday, September 17, 2012

KENAPA DIET?

Pos terakhir aku sebelum memulakan diet esok.. "sebab sebab kita nak diet" perkara ni sangat penting tau. Boleh dijadikan sebagai rujukan bila kita mula mengalah.. mula lupa diri.. patah semangat untuk berdiet.
Aku ada sebab tersendiri mengapa aku nak diet;
1. Kerana aku nak nampak okay bila melihat diriku tanpa seurat benang di depan cermin.
2. Kerana aku nak suamiku bertambah sayang pada aku.
3. Kerana aku nak pakai baju-baju fesyen yang bersaiz kecil dengan selesa.
4. Kerana aku akan rasa selesa, happy & yang penting sekali, aku sihat dari penyakit kronik.
5. Pelik tapi benar, aku berdiet kerana nak membuang sifat malas yang sudah lama berada dalam diri ini.
6. Bila kita happy & selesa dengan diri kita..semua kerja akan jadi mudah.
7. Aku nak buktikan pada orang yang mengutuk diet Atkins bahawa diet ni buleh buat aku kurus dan sihat.
8. Aku nak hargai pengorbanan suami yang bangun pagi buatkan menu sarapan Atkins.
9. Aku nak berjaya sama2 dgn rakan Atkins yang lain, aku tak nak hampakan mereka lagi.
10. Aku tak nak rugi dan kepenatan dalam diet.. alang2 buat biar sampai kurus.
Setiap orang mempunyai sebab yang berbeza kenapa mereka berdiet, kalau anda taktahu nak pikir, boleh jer amik saya punya :) sebab semua nya positif.
Esok segalanya bermula, segala keazaman akan dilaksanakan esok dan aku tahu perjalanan aku masih panjang. Aku berdoa agar dipermudahkan urusan ku dan berjaya hingga kehujungnya.

Sunday, September 16, 2012

SANTAPAN TERAKHIR

Salam satu Malaysia!! Kali ni nak bagitau satu lagi persediaan sebelum nak mulakan diet Atkins dengan jayanya. Saya sudah lakukan dan ianya berjaya.
Sebelum nak mulakan Atkins, anda sudah tetapkan tarikhnya bukan? So 2-3 hari sebelum tarikh keramat tu, anda bulehla makan makanan kegemaran anda. Terutama sekali makanan yang anda tak boleh sentuh semasa Atkins. Hari ni saya dah makan roti canai 2 biji, lunch saya plan nak makan nasi ayam juragan, dinner mesti sesuatu yang bukan Atkins. Ingat! Time makan cakaplah dekat makanan tu "I'll see you once I slimmer than now" ". Faedahnya bila berdiet nanti, kita akan cakap pada diri kita bila kita teringin sesuatu tu "oooh aku dah makan aritu".
Katakanlah anda tak sempat nak makan makanan kesukaan anda. Dipertengahan berdiet, anda terjumpa makanan best. Apa yg perlu anda buat? Pertama, jangan makan :) anda nak berjaya diet kan. Kedua beritahu diri anda "nanti dah slim, aku akan makan", ketiga catat makanan yang anda ingin makan dalam buku nota. Oleh itu, bila anda dah berjaya kurus, semua senarai makanan yang anda idamkan dapat anda makan secara berperingkat. Takderla badan naik mendadak nanti. Selalunya, senarai anda akan menjadi kenangan sebab selepas ber Atkins selalunya perut akan menjadi lebih kecil dan selera anda juga akan berkurangan. Yang paling best. Anda akan menjadi bangga melihat betapa disiplin dan nekadnya anda menahan nafsu mengada-ngada tu.
Okay selamat berdiet, sudah bertahun lamanya kita makan tanpa ada jurang apasalahnya kita jaga makan untuk 3 bulan kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

ORANG KUAT KU

My Mr A
My Best Friend
Orang kuat belakang tabir sepanjang aku berdiet a.k.a suamiku sudah mula jemu dengan janji manis ku untuk berdiet lusa nanti. Namun aku bersyukur dia belum menyerahkan surat perletakkan jawatan untuk memasak menu bekfes yang selama 10 bulan dah beliau duk sediakan setiap pagi.
Masa beli makanan Atkins untuk seminggu aritu, dia dah sindir aku. "Beli banyak2 ni, macamla nak diet" "ye ker nak diet?" Uih sentap mak nyah.. tapi kene terima la sebab aku dari bulan 6 aritu nak diet tak jadi.
Padahal dia yang menurut jejak langkah ku dari bulan puasa dah hilang 7 kilo. Biarlah aku di perli namun aku tetap akan berdiet lusa nanti. Terima kasih atas sindiran yang amat memangkinkan semangat aku.
Malahan teman teman berdiet pun sudah putus harapan untuk melihat aku berjaya dan terus berjaya berdiet. Takper... Akan aku buktikan. Sesungguhnya aku amat menghargai kesabaran kalian dengan karenah ku..
Syukur aku diketemukan dengan seorang sahabat dan juga anak didik diet Atkins yang memberikan aku sekali lagi semangat untuk berdiet. Yerla.. macamana dia nak diet kalau mentor dia (aku) asyik kelaut.. :)
Kami sepakat untuk sama2 berdiet dan berjoging di tasik Seksyen 7 Shah Alam. Bahagia rasanya kerana semangat itu telah datang. Aku amat berterima kasih pada orang sekeliling ku.. Akan aku buktikan aku kurus semasa tahun baru nanti.
Semoga aku dan sahabat ku berjaya
Published with Blogger-droid v2.0.9

PERSEDIAAN PERTAMA

CHECKLIST

Salam Satu Malaysia!! Masih mood cuti, tadi pergi kenduri kahwin bekas kawan sekerja. Teringat masa kawin dulu aku agak berisi, kalau dah kenal Atkins mesti cun melecun kan.. heheh

Marilah kita mulakan peringkat pertama sebelum nak berdiet
  1. Bila?? - saya tetapkan hari Selasa 17/9/2012 sebagai hari memulakan diet Atkins
  2. Menu?? - Bekfes & Dinner : Sosej + Telur @ Sosej + Burger, Lunch : Ikan goreng + sayur + paru
  3. Timbangan & Ukur Lilit?? - mesti ada kalau takder tak payah la nak buat Atkins 
  4. Multivitamin?? Teh lawas @ psyllium husk?? - wajib ada, nanti komplen tak sihatla, tak berak la
  5. Senaman?? - Saya memilih berjoging dan Jillian Michael 30 Days To Shred
  6. Air 3 Liter?? - Pastikan bekas untuk mengisi air yg cukup (kalau nak beli mineral, beli satu kotak)
  7. Makanan?? - Beli untuk seminggu, kalau nak beli setiap hari tak payah buat Atkins
  8. Rekod?? - siapkan jadual untuk mencatat aktiviti diet setiap hari (contoh sila lihat di bawah)
  9. Mental?? - Sentiasa berkata pada diri "aku pasti buat, aku akan buat sampai berjaya!"
  10. Lain-lain yang mesti diikut:-
  •  Mesti minum air 600ml sebelum makan, sebab saya makan sedikit, kalau badan dalam mode lapar, dia takkan membakar lemak kita, dgn air, perasaan lapar dapat dihilangkan.
  •  Menolak dengan bersungguh pelawaan kawan-kawan dengan alasan baru lepas makan kenyang giler lagi nih.. (tipu sunat okay)
  • Makan malam mesti sebelum pukul 6ptg, selalunya saya lapar manja jer..tidor awal mesti tak lapar.
  • Jangan naik timbang (menimbang) pada hari yang yang haram menimbang, hanya seminggu sekali.
  • JANGAN ada sekalipun niat dihati untuk kantoi...jangan makan @ minum MANIS

Contoh Jadual Diet Saya

Saturday, September 15, 2012

AZAM BARU

Salam satu Malaysia

 

Hari ni 15/9/2012, esok hari Satu Malaysia... Cuti umum , masa untuk memasang niat dan azam baru dalam menguruskan badan versi Atkins. Blog Bahagia Jiwa akan aku sepikan buat sementara waktu kerana banyak angan-angan yang bercakap tak serupa bikin berlaku di sana... Semangat untuk berdiet hanya tinggal semangat sedangkan perlaksanaan hanya tinggal kenangan.. Aku berharap blog nie akan menjadi pemangkin kepada aku untuk terus berdiet untuk mendapat berat ideal...

Aku memberikan target selama 3 bulan untuk mendapat berat ideal dan saiz idaman. Akan aku pastikan impian dan semangat ini seiring dengan perlaksaan.. Objektif blog "dulu aku boroi" diharap dapat memberikan sesuatu kejayaan yang masih belum terlambat untuk aku gapai..

InsyaAllah aku akan pastikan proses berdiet kali ini di tulis dan direkodkan dalam blog ini. Aku ingin semangat baru ini dapat menjadi semangat kepada pembaca.. setidak2nya membuka minda dan semangat pembaca lain untuk berusaha berdiet dengan cara percuma dan berjaya..tak lupa juga ingin aku tegaskan, berdiet tanpa perlu berlapar. 

Pembaca sedikit sebanyak akan dapat merasakan pengalaman berdiet dari "berlebihan berat badan" kepada "berat ideal".. InsyaAllah itu yang aku janjikan pada blog ini. Walaupun sekadar mengemaskini blog dari telefon bimbit, janji akan ku kotakan.